Cari aper jer..

Jumaat, 11 November 2011

BiLa IMaN GoYaH, AQiDaH BaKaL PuNah RaNaH

Berbagai-bagai perkara yang dilaungkan & diperjuangkan mutakhir ini diletakkan atas nama kebebasan bersuara & hak asasi sejagat..Apa semua ni.?!! Mudahnya sesuatu perkara hendak dilaksanakan hari ini..Nonsense !!! Apapun layan & renungkankan artikel di bawah ini.

-------------------------------------------------------------------------------------
SEKS MURTAD!
Apa yang penganjur Festival Seks Bebas mahu promosikan ialah amalan seks songsang dan luar tabi'e Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender - LBGT! Iaitu menggalakkan amalan seks antara lelaki & lelaki, wanita dengan wanita, manusia dengan haiwan, manusia hidup dengan mayat, jantan jadi betina, betina jadi jantan dan macam-macam lagi amalan seks songsang dan luar tabi'e!

Ada pihak menyatakan tujuan Festival Seks Bebas ini adalah untuk mendedahkan "kesengsaraan", "penderitaan", "diskriminasi" dan lain-lain yang dilalui oleh kaum songsang dan luar tabi'e ini. Adakah itu benar? Sedangkan slogan mereka "Our Body, Our Right"! Apa maknanya tu? Maknanya kaum ni berkata "ini tubuh badan aku, hak aku nak bersetubuh apa cara pun!".

1. MURTAD MENGHALALKAN YANG HARAM!

Persoalan pokok yang timbul daripada isu Festival Seks Bebas ini ialah mereka sedang mempromosikan sesuatu yang haram disisi mana-mana agama dan ketamadunan & peradaban kemanusiaan.

Hukum agama jelas. Amalan seks songsang ini ditolak oleh semua agama samawi Islam, Kristian & Yahudi, termasuk agama pagan Hindu, Budha, Tao dan lain-lain. Khususnya dalam Islam, hukum bagi pengamal seks songsang & luar tabi'e adalah jelas, ianya 'amalan yang dikutuk dan dilaknat ALLAH.

HUKUMNYA DALAM ISLAM JELAS: HARAM! HARAM! HARAM!

Bermakna Festival Seks Bebas ini cuba menghalalkan apa yang diharamkan secara sarih oleh ALLAH swt.

Bagi umat Islam pendirian kita mesti jelas. Menghalalkan apa yang diharamkan ALLAH hukumnya murtad, terbatal aqidahnya! Ini membabitkan soal aqidah, satu soal besar yang akan menentukan nasib kita dihadapan ALLAH nanti!

Sebab itu teman menyokong Mufti Perak, Mufti Pahang dan beberapa orang ulama' lain yang mengambil pendirian yang tegas dan jelas. Mana-mana umat Islam yang menyokong atau bersekongkol dengan Festival Seks Bebas ini hukumnya murtad dan batal aqidahnya!

2. PERBUATAN JENAYAH BUKAN HAK ASASI

Kedua, apa yang cuba dipromosikan oleh kaum penganjur Festival Seks Bebas ini adalah satu perbuatan jenayah. Amalan seks songsang dan luar tabi'e ini adalah satu kesalahan jenayah didalam peruntukkan undang-undang negara ini. Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan memperuntukkan pengamal seks songsang dan luar tabi'e ini, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum tidak melebihi 20 tahun penjara ataupun sebatan.

Adakah masuk aqal untuk kita menyokong dengan kaum yang mahu mempromosikan perlakuan jenayah. Apa kata lepas ini ada kaum mempromosikan merogol itu hak asasi, merompak, mencuri membunuh juga hak asasi! Budak tadika pun tahu ini kerja orang bodoh! Tapi malangnya ramai yang jadi bodoh dan cuba memperbodohkan orang lain dalam isu seks songsang dan luar tabi'e ini!

3. MEMANSUHKAN SEKSYEN 377 A-D KANUN KESIKSAAN

Atau adakah kaum ini mempunyai agenda yang tersirat-mahu memansuhkan Seksyen 377 A-D! Apakah mereka merancang supaya perlakuan seks songsang & luar tabi'e bukan lagi satu jenayah!

DAN ADAKAH IANYA SATU KEBETULAN MEREKA YANG TERLIBAT INI ADALAH ANTARA PENYOKONG KUAT ANWAR IBRAHIM! DAN KITA SEMUA TAHU MANUSIA YANG DITABAL BININYA SEBAGAI ANUGERAH TUHAN INI SEDANG MENGHADAPI PERTUDUHAN JENAYAH KERANA MELAKUKAN SEKS SONGSANG DAN LUAR TABI'E TERHADAP PEMBANTUNYA SAIFUL BUKHARI AZLAN!

Apakah ini formula "win-win" atau "menang-menang" mereka? Bila mereka membela dan menyokong Anwar sehingga menjadi PM (na'uzubillah) kelak nanti akan menghalalkan seks songsang & luar tabi'e yang mereka perjuangkan, dan untuk pakatan tertentu menyokong penganjur Festival Seks Bebas ini akan membebaskan Anwar daripada cengkaman perundangan anti seks songsang & luar tabi'e!

Apa pun, kedudukan masakini jelas! Seks songsang & luar tabi'e ini adalah satu kesalahan jenayah! Mempromosikannya pun satu kesalahan jenayah! Oleh itu tidak timbul soal hak asasi manusia atau kebebasan amalan seks. Melakukan jenayah, termasuk mempromosi perlakuan jenayah tidak termasuk dalam ruang-lingkup hak asasi manusia. Kalau ada kaum yang menyatakan melakukan dan mempromosi perlakuan jenayah adalah hak asasi manusia, maka samada orang itu gila, atau memang benar-benar dah gila!

4. FESTIVAL ORANG BERPENYAKIT & GILA

Pengamal seks songsang dan luar tabi'e ini adalah orang yang berpenyakit. Jangankan manusia, haiwan binatang pun tidak mengamalkan perlakuan seks songsang dan luar tabi'e ini. Sebab itu teman nak perbetulkan kenyataan sebelum ini iaitu tindakan kaum Festival Seks Bebas ini akan membawa ketamadunan manusia ke tahap ketamadunan haiwan adalah tidak tepat, sebaliknya ia membawa manusia ketahap ketamadunan dan peradaban yang lebih buruk daripada haiwan!

Dan bila berdepan dengan orang gila dan berpenyakit, kita tidak mengambil sikap mengadakan dialog ataupun berbincang. Itu bukan cara manusia bertamadun, itu cara manusia yang jahil, bahlol lagi dan bodoh. Orang gila dan sakit kita rawat dan cuba pulihkan, bukan kita pergi berbincang dan berdialog. Kang dok sibuk nak berdialog dan berbincang, penyakit dan gilanya makin parah, silap-silap padam terus.

5. DIALOG DENGAN ORANG GILA?

Sebab itu teman tegaskan, tidak timbul isu dialog atau bincang dalam berdepan dengan isu ini. Apabila berlaku kemungkaran, dan seks songsang dan luar tabi'e ini adalah satu kemungkaran besar, caranya ialah dengan pencegahan. Iaitu dengan tindakan penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang. Dalam hal melaksanakan hukum dan undang-undang, kita wajib tegas, dan tidak ada kompromi!

Teringat teman satu dialog diantara seorang waras dengan dengan seorang gila. Si Waras melawat sebuah pusat penjagaan orang gila. Dia terlihat salah seorang daripada mereka sedang menjulur lidi seolah-olah sedang memancing ikan didalam sebuah baldi yang kosong. Lalu si Waras bertanya, "banyak dapat ikan yop?". Si Gila menjeling lalu menempelak si Waras, "mike gila ke yop, mana ada ikan dalam baldi ni!!!". Ringkasnya, kita tak sepatutnya berdialog dengan orang gila, sebab nanti kita akan ditertawakan oleh si Gila!

6. NGO & INDIVIDU YANG SAMA BERSIKAP PROVOKATIF

Dan yang paling teman musykil, tiap kali isu provokatif dan sensitif ini ditimbulkan, mesti indidividu dan NGO yang terlibat dikalangan orang dan badan yang sama. Daripada isu penubuhan IFC, kepada isu murtad, kepada isu himpunan haram, sekarang kepada isu seks bebas, dan terkini isu mendesak amalan qurban umat Islam dihadkan ketempat tertutup, semuanya membabitkan individu dan NGO yang sama atau yang berkaitan dengan mereka!

Dan yang paling malang, ada jugak umat Islam, termasuk yang mengaku pejuang Islam, yang mengambil sikap menyokong individu dan badan-badan ini. Dan mereka berselindung disebalik hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Sebab itu teman tegaskan "hak asasi manusia & kebebasan bersuara" ini adalah satu virus agama baru yang sedang menyerang ketamadunan kemanusiaan dan akan meranap dan menghancurkan peradaban dan warisan kesinambungan insan!

7. FITNAH DAJJAL KECIL

Satu soalan yang ingin teman lontarkan kepada umat Islam khususnya; cuba bayangkan bagaimana agaknya keadaan kita nanti bila fitnah Dajjal muncul nanti? Sedangkan dengan fitnah Dajjal-Dajjal Kecil yang melanda kita hari ini pun ramai yang kecundang dan tewas. Malah dengan bukti jelas dan nyata pun ada kalangan kita bukan sahaja menolak, malah berterusan menyokong dan mendokong Dajjal-Dajjal Kecil ini hanya kerana habuan dunia, demi kedudukan dan kemahkotaan duniawi.

Bayangkanlah apabila Dajjal sebenarnya muncul!?

Na'uzubillah min zalik! Moga ALLAH jauhkan kita daripada fitnah ini, dan memelihara iman dan aqidah kita!

SUMBER : ZULKIFLI BIN NOORDIN

Khamis, 20 Januari 2011

Ermm, Ermm..Fikir-Fikirkan !!


Sejak akhir2 ini, kita sering saja disajikan dgn pelbagai kisah suka duka berhubung 'Politik Semasa'. Kadang-kadang naik senak kepala memikirkannya. Kalau dihitung dpd pemimpin sampailah ke rakyat, dpd kota sampailah ke desa, spt dah xde keje lain nak dilakukan selain dari berpolitik..Walupun bukan semua, tp majoritinya itulah kenyataannya..

Apapun yg telah berlaku & akan dilakukan hendaknya JANGANLAH kita mengabaikan keharmonian dlm hidup kita selama ini. Betapa susahnya nenek moyang & pejuang bangsa yg terdahulu dlm mendapatkan kemerdekaan yg telah kita kecapi selama ini. Seandainya kita leka, apa saja boleh menyusup masuk kembali dlm menodai keharmonian & keamanan ini secara tidak sedar. Sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya kita lemah & mengambil sikap sambil lewa. Fahamilah nukilan dari Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di bawah ini...
-----------------------------------------------------------------------------------

January 20, 2011
Amaran bahaya Singapura

Kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew minggu lalu, mengenai kenapa negara sekangkang kera itu memerlukan pertahanan yang begitu kuat sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika pegawai-pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kuan Yew merujuk kepada Malaysia dan Indonesia sebagai ancaman utama kenapa negara itu perlu pertahanan yang kuat.

Dalam bersedia menghadapi ancaman tersebut, negara anak didik Yahudi ini membelanjakan RM35.5 bilion untuk pertahanan pada tahun lalu, tertinggi di Asia Tenggara dan mungkin juga di Asia. Berbanding negara sebesar kita, sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan RM180 bilion sahaja.

Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004. Bermaksud lebih lima tahun, belanja pertahanan Singapura bersamaan lebih 23 tahun belanja pertahanan kita. Lihatlah betapa jauhnya kita ketinggalan dalam aspek pertahanan negara.

Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh perkara lain dalam bajet 2009. Namun begitu, perbelanjaan pertahanan kita telah meningkat lebih lima kali ganda dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010 (enam peratus belanjawan negara).

Jumlah ini masih kecil berbanding dengan negara jiran yang sebenarnya itulah ancaman kita. Apakah kita tidak takut dengan ancaman baru hari ini. Tidakkah terlepasnya Pulau Batu Putih menjadi pengajaran kepada kita?

Saya yakin, pulau tersebut masih menjadi milik kita, jika pertahanan kita mengatasi negara Singapura. Malangnya, kita terus bersangka baik dan memberikan 'khidmat percuma' seperti isu air kepada negara 'sejahat' itu. Pernahkah mereka mengenang budi?

Menurut Kuan Yew, tanpa pertahanan yang kuat, tidak akan wujud Singapura. Negara ini akan 'dimakan' oleh negara-negara jirannya, dirujuk Malaysia dan Indonesia.

Dari segi perancangan strategi dan keselamatan, saya tidak nafikan jawapan tersebut. Tetapi dari sudut lain, jawapan ini amat bongkak dan sombong. Beliau tidak sedar, tanpa pertolongan Malaysia, tidak wujud Singapura. Namun, sifat ultra kiasu telah mengatasi segalanya. Negara ini telah berjaya keluar daripada kemelut ketakutan.

Hari ini, kita pula takut kepada negara sekecil itu yang begitu bergantung air kepada kita. Itupun mereka masih menang. Kita kelihatan masih kalah, walaupun harta itu kepunyaan kita.

Singapura adalah sebuah pulau Melayu yang terletak di kepulauan Melayu. Jika ditakdirkan Tunku Abdul Rahman bertindak menangkap Kuan Yew dan mengadakan perintah berkurung sebelum berpisahnya Singapura dari Malaysia pada 1965, sudah tentu pulau tersebut hari ini milik kita.

Tetapi adakah Tunku bertindak sedemikian? Walaupun pada ketika itu, kita mampu untuk bertindak, kerana kuasa polis dan tentera masih berpihak di tangan Melayu?

Saya fikir Tunku berfikir panjang sebelum bertindak. Inilah sifat dan toleransi Islam yang perlu dihargai. Saya yakin, jika tidak ada pertimbangan ini atau jika pemimpin kita ketika itu tidak Islam, mempraktikkan sistem komunis, sudah lama Kuan Yew dihumban ke dalam penjara.

Hari ini beliau berlagak sombong dengan kenyataan yang langsung tidak mengenang budi. Apakah kita masih terus mahu berlembut ibarat menarik rambut dalam tepung? Zaman berlembut sudah berakhir. Saya tidak pasti apa pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang begitu ghairah menyambut Kuan Yew sebelum ini.

Kita sepatutnya bertindak sezalim Kuan Yew, yang menghumban golongan yang menentangnya ke dalam penjara kerana kewujudan mereka dikatakan mengganggu ketenteraman dan perancangan Singapura. Maka tidak hairanlah orang Melayu Singapura seperti Dr. Lili Zubaidah yang cerdik tidak mendapat tempat di Singapura, hanya kerana tidak sekapal dengan Kuan Yew.

Jika Malaysia bertindak sedemikian kepada pembangkang hari ini, apakah perkara ini dapat diterima? Tetapi perkara sebegini adalah biasa di Singapura. Kenapa kumpulan hak asasi manusia ini tidak bangun menentang tindakan Kuan Yew?

Malah ramai ultra kiasu di negara ini yang begitu memuji Singapura. Hanya kerana mereka sekapal. Bayangkan jika kita bertindak seperti mana Singapura bertindak, akan hebohlah satu dunia bahawa Malaysia mengamalkan sistem regim komunis dan mengabaikan hak asasi manusia.

Kuan Yew bertindak mematikan orang yang diistilahkan 'tidak berguna' (duds) walaupun mereka dipilih oleh rakyat. Golongan ini, pada beliau tidak perlu berada dalam Parlimen dan kerajaan. Tindakan Kuan Yew langsung tidak dipertikaikan oleh ultra kiasu di Malaysia.

Kuan Yew begitu disanjung dan mendapat pujian ultra kiasu saban hari kerana dikatakan berjaya memajukan Singapura. Mereka sanggup lupakan 'kekejaman' beliau hanya kerana sekapal. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan kelicikan golongan ini sebelum terlambat.

Terlalu bertoleransi juga tidak sepatutnya berlaku. Dengan sebab itu, dalam pemerintahan Islam, ada unsur demokrasi dan ada unsur autokrasi. Jika tindakan seseorang boleh menjahanamkan agama dan negara, maka tindakan nekad perlu dilakukan untuk menjaga kepentingan awam.

Saya fikir sudah sampai masanya negara kita mengambil pendekatan berhati-hati sebelum terlambat. Memang kita memerlukan Singapura. Johor Bahru akan bankrap tanpa Singapura.

Tetapi kita perlu fikirkan pelan jangka panjang supaya tidak terlalu bergantung kepada Singapura, walaupun tidak dinafikan pulau itu juga terlalu bergantung kepada kita. Kita mesti ingat, bahawa pulau itu mendapat sokongan Yahudi, sedangkan kita tidak.

Jika ditakdirkan kita putuskan Tambak Johor, negara kecil itu masih lagi boleh survive sebab sekutu mereka masih ramai yang akan membantu. Negara kita bagaimana?

Justeru, projek Koridor Iskandar hendaklah dirancang dengan betul supaya jangan terlalu berharap kepada Singapura. Jangan biarkan mereka membeli tanah dan harta negara kita sewenang-wenangnya. Saya amat bimbang Johor akan menjadi Singapura kedua kerana pimpinan mereka amat licik. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Saya masih teringat kata-kata isteri Kuan Yew, mendiang Kwa sebelum meninggal baru-baru ini. Pesannya kepada Kuan Yew supaya jangan mempercayai orang Melayu dan Malaysia. Dalam kata lain, sampai mati pun, mereka masih tidak mempercayai kita. Apakah kita masih terus mahu bersangka baik?

Masa bersangka baik dan bermain dengan mereka sudah habis. Kini adalah masa untuk kita bekerja untuk berhadapan dengan mereka. Jika mereka boleh menyediakan RM35.5 bilion untuk pertahanan negara sekecil itu, sudah tentu kita perlu berbelanja lebih daripada itu. Jika tidak, kita akan 'dimakan' satu masa nanti, percayalah.

Saya pernah membuat kajian mengenai republik itu ketika membuat program ijazah sarjana pengajian strategi dan keselamatan. Ternyata memang sukar untuk kita menyainginya. Ketua Pengarang Kumpulan akhbar ini, Datuk Aziz Ishak pasti bersetuju dengan saya sebab kami mengambil kursus yang sama.

Justeru, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, pakar strategi dan semua panglima angkatan tentera, sepatutnya memikirkan dan bertindak untuk merangka strategi, apakah langkah terbaik yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan Yahudi kecil ini sebelum nasi menjadi bubur?

Kita perlu ingat, pemimpin Pulau Pinang difahamkan selalu ke sana untuk mencari idea. Apakah mungkin nanti akan wujud Singapura kedua, ketiga dan sebagainya?

Bertindaklah sebelum terlambat kerana masa tidak menunggu kita. Jangan terlalu banyak berpolitik, sehingga wang habis, akhirnya bidang pertahanan terabai. Musuh sedang melihat kita. Mereka sedang menunggu peluang untuk 'masuk' pada ketika waktu yang sesuai.

Ketika itu, jika mahu berjihad sudah terlambat. Apakah mungkin senjata batu boleh berhadapan dengan jet-jet pejuang dan kereta kebal seperti yang berlaku di Palestin? Sedangkan Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar daripada kejadian lampau yang ditunjukkan.

Keruntuhan empayar Islam Othmaniyyah sudah cukup menyayat hati kita semua. Begitu juga keadaan di Iraq, Afghanistan dan Palestin hari ini. Apakah wajar kita hanya memerhati tanpa membuat apa-apa tindakan. Ya, kita wajar membantu tetapi pada masa sama, jangan abai kepentingan kita.

Perbelanjaan yang kurang memberikan impak kepada keselamatan hendaklah dikurangkan seperti perkara yang bersifat ceremonial ,supaya kita dapat berjimat dan wang tersebut boleh disalurkan untuk pertahanan.

Jika tidak, saya bimbang, bila sampai masanya Allah SWT tarik semua nikmat yang dianugerahkan kepada kita seperti minyak dan gas. Kita akan menyesal seumur hidup. Hari ini seolah-olah kita terlalu bergantung kepada hasil minyak, sedangkan negara kita masih kaya dengan hasil lain.

Saya ingin cadangkan supaya kita ambil semua hasil keuntungan minyak ini setiap tahun untuk membangunkan pertahanan. Jika keuntungan Petronas lebih kurang RM50 bilion digunakan untuk pertahanan, saya yakin dalam jangka masa lima tahun, Malaysia muncul menjadi negara hebat di Asia dan mungkin di dunia.

Apapun, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada minyak dan gas sebagai sumber pendapatan utama negara. Sampai masanya minyak dan gas akan habis. Apakah ketika itu negara kita akan menjadi papa kedana?

Jadi, fikirkan sumber lain untuk menjana pendapatan negara kerana sumber minyak pasti akan habis. Sementara minyak masih ada, tumpukan usaha membangunkan pertahanan negara. Sebagai persiapan awal, kurangkan berbelanja ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. Fikirkan masa depan negara. Kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar untuk pilihan raya sekecil ini.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.