Cari aper jer..

Isnin, 20 Februari 2012

BaCalah & Renung-ReNungkan..!! Koleksi Fatwa Mursyidol Am PAS..

Pelbagai alasan & justifikasi dikeluarkan oleh Ahlul PAS demi mempertahankan perjuangan parti mereka yang semakin caca merba. Hilang arah tujuan, bagai layang-layang terputus tali semenjak berdakap mesra dgn. PKR dan DAP.

Dari pemimpin sampai la kepada penyokongnya semakin hari semakin parah. Perjuangan Islam yg dibanggakan sangat2 dahulu sudah tdk. kedengaran. Suara2 sumbang yg. dahulu utk. mengata pihak lawan khususnya UMNO sudah terpacul balik ke muka sendiri.

Inilah realiti yg. berlaku kpd. PAS. Yg. sedihnya dgn. muka selamba mereka seolah-olah tiada perasaan bersalah kpd. saudara sebangsa. Agak-agaknya kulit mereka ni kulit biawak kot..?!

Apapun lihatlah koleksi fatwa Nik Aziz & Dewan Ulama PAS demi utk menjadi JAGUH dlm politik negara. Tak tau nak kata apa dah..............!!!!

Dewan Ulama PAS

Ogos 1963
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram."

Nik Aziz

23 April 1994
“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram"

29 April 1999
“Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri"

23 Januari 1999
“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,”

24 Januari 1999
“Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima"

Pulau Melaka (kuliah)
“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,”


12 Mei 1999
“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam"

25 Jun 1999
“PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…"

3 Julai 1999
“Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir."

6 November 1999
“PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.

Kita semua pakat pakat Fikir dan renungkan kata kata Nik Ajis ini dalam kehidupan nya di arena Politik tanahair ini. Apakah Nik Ajis boleh di anggap Ulamak? kalau ikut kata ramai orang dan juga kata dalam diri Gomo Nik Ajis ini bukanlah Ulamak, Nik Ajis adalah Ahli Politik yang telah mempergunakan Islam sebaik Mungkin dalam karier Politiknya.

Nik Ajis satu satunya ahli Politik yang berjaya memanipulasi rakyat dengan kewarakkan nya walaupun sebenarnya Nik Ajis bukanlah Warak dan juga mengamalkan RASUAH kerta KRONISME. Bukan kita Fitnah tapi inilah hakikatnya bila Menantu di julang dan Haji di Sponsor.

Kalau dulu Nik Ajis kata Perpaduan antara UMNO dan PAS adalah satu NEKMAT Besar. Dan sekarang ini Nik Ajis lebih rela bersatu dengan SYAITAN. Apakah Dosa UMNO pada Nik Ajis? Apakah kerana Nik Ajis telah Di liwat oleh pemimpin UMNO maka Nik Ajis begitu marah dan benci pada UMNO?

Juak Juak PAS boleh menyangkal dakwaan kita ini dan pertikaikan petikan petikan yang Nik AJis nyatakan. kalau boleh Bawa saja ke Mahkamah kata ini semua adalah FITNAH!!!

NIK AJIS WAJIB BERTAUBAT
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

DULU SIBUK KATA UMNO. SIAPA YANG TAK ENDAHKAN PENGAJARAN QURAN. ALLAH SURUH BUAT HUDUD. HANGPA KATA TAK MAU BINCANG SEBAB TAKUT PADA DAP. DULU KATA UMNO. HANGPA KATA UMNO YANG TAK MAU BUAT HUDUD. SIAPA KATA UMNO TAK MAU BUAT. CUMA UMNO KATA BELUM TIBA MASANYA LAGI DAN KAJIAN SERTA PERBINCANGAN GIAT DILAKUKAN. UMNO ADA JUGA BUAT PERBINCANGAN. PAS LANGSUNG KELUAR KENYATAAN TAK MAU BINCANG PASAL HUDUD. SIAPA YANG LEBIH TERUK NI?
--------------------------------------------------------------------

Isnin, 6 Februari 2012

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia

Hari ni, 06hb Feb 2012 program media sosial akan diadakan di Temerloh, Pahang. Bertempat di Dewan Tun Razak, Temeroh..Ramai pejuang2 maya akan turun..

Ayuh, kita turun ramai2..Jadikan diri anda seorg pejuang..!!

Jumaat, 11 November 2011

BiLa IMaN GoYaH, AQiDaH BaKaL PuNah RaNaH

Berbagai-bagai perkara yang dilaungkan & diperjuangkan mutakhir ini diletakkan atas nama kebebasan bersuara & hak asasi sejagat..Apa semua ni.?!! Mudahnya sesuatu perkara hendak dilaksanakan hari ini..Nonsense !!! Apapun layan & renungkankan artikel di bawah ini.

-------------------------------------------------------------------------------------
SEKS MURTAD!
Apa yang penganjur Festival Seks Bebas mahu promosikan ialah amalan seks songsang dan luar tabi'e Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender - LBGT! Iaitu menggalakkan amalan seks antara lelaki & lelaki, wanita dengan wanita, manusia dengan haiwan, manusia hidup dengan mayat, jantan jadi betina, betina jadi jantan dan macam-macam lagi amalan seks songsang dan luar tabi'e!

Ada pihak menyatakan tujuan Festival Seks Bebas ini adalah untuk mendedahkan "kesengsaraan", "penderitaan", "diskriminasi" dan lain-lain yang dilalui oleh kaum songsang dan luar tabi'e ini. Adakah itu benar? Sedangkan slogan mereka "Our Body, Our Right"! Apa maknanya tu? Maknanya kaum ni berkata "ini tubuh badan aku, hak aku nak bersetubuh apa cara pun!".

1. MURTAD MENGHALALKAN YANG HARAM!

Persoalan pokok yang timbul daripada isu Festival Seks Bebas ini ialah mereka sedang mempromosikan sesuatu yang haram disisi mana-mana agama dan ketamadunan & peradaban kemanusiaan.

Hukum agama jelas. Amalan seks songsang ini ditolak oleh semua agama samawi Islam, Kristian & Yahudi, termasuk agama pagan Hindu, Budha, Tao dan lain-lain. Khususnya dalam Islam, hukum bagi pengamal seks songsang & luar tabi'e adalah jelas, ianya 'amalan yang dikutuk dan dilaknat ALLAH.

HUKUMNYA DALAM ISLAM JELAS: HARAM! HARAM! HARAM!

Bermakna Festival Seks Bebas ini cuba menghalalkan apa yang diharamkan secara sarih oleh ALLAH swt.

Bagi umat Islam pendirian kita mesti jelas. Menghalalkan apa yang diharamkan ALLAH hukumnya murtad, terbatal aqidahnya! Ini membabitkan soal aqidah, satu soal besar yang akan menentukan nasib kita dihadapan ALLAH nanti!

Sebab itu teman menyokong Mufti Perak, Mufti Pahang dan beberapa orang ulama' lain yang mengambil pendirian yang tegas dan jelas. Mana-mana umat Islam yang menyokong atau bersekongkol dengan Festival Seks Bebas ini hukumnya murtad dan batal aqidahnya!

2. PERBUATAN JENAYAH BUKAN HAK ASASI

Kedua, apa yang cuba dipromosikan oleh kaum penganjur Festival Seks Bebas ini adalah satu perbuatan jenayah. Amalan seks songsang dan luar tabi'e ini adalah satu kesalahan jenayah didalam peruntukkan undang-undang negara ini. Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan memperuntukkan pengamal seks songsang dan luar tabi'e ini, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum tidak melebihi 20 tahun penjara ataupun sebatan.

Adakah masuk aqal untuk kita menyokong dengan kaum yang mahu mempromosikan perlakuan jenayah. Apa kata lepas ini ada kaum mempromosikan merogol itu hak asasi, merompak, mencuri membunuh juga hak asasi! Budak tadika pun tahu ini kerja orang bodoh! Tapi malangnya ramai yang jadi bodoh dan cuba memperbodohkan orang lain dalam isu seks songsang dan luar tabi'e ini!

3. MEMANSUHKAN SEKSYEN 377 A-D KANUN KESIKSAAN

Atau adakah kaum ini mempunyai agenda yang tersirat-mahu memansuhkan Seksyen 377 A-D! Apakah mereka merancang supaya perlakuan seks songsang & luar tabi'e bukan lagi satu jenayah!

DAN ADAKAH IANYA SATU KEBETULAN MEREKA YANG TERLIBAT INI ADALAH ANTARA PENYOKONG KUAT ANWAR IBRAHIM! DAN KITA SEMUA TAHU MANUSIA YANG DITABAL BININYA SEBAGAI ANUGERAH TUHAN INI SEDANG MENGHADAPI PERTUDUHAN JENAYAH KERANA MELAKUKAN SEKS SONGSANG DAN LUAR TABI'E TERHADAP PEMBANTUNYA SAIFUL BUKHARI AZLAN!

Apakah ini formula "win-win" atau "menang-menang" mereka? Bila mereka membela dan menyokong Anwar sehingga menjadi PM (na'uzubillah) kelak nanti akan menghalalkan seks songsang & luar tabi'e yang mereka perjuangkan, dan untuk pakatan tertentu menyokong penganjur Festival Seks Bebas ini akan membebaskan Anwar daripada cengkaman perundangan anti seks songsang & luar tabi'e!

Apa pun, kedudukan masakini jelas! Seks songsang & luar tabi'e ini adalah satu kesalahan jenayah! Mempromosikannya pun satu kesalahan jenayah! Oleh itu tidak timbul soal hak asasi manusia atau kebebasan amalan seks. Melakukan jenayah, termasuk mempromosi perlakuan jenayah tidak termasuk dalam ruang-lingkup hak asasi manusia. Kalau ada kaum yang menyatakan melakukan dan mempromosi perlakuan jenayah adalah hak asasi manusia, maka samada orang itu gila, atau memang benar-benar dah gila!

4. FESTIVAL ORANG BERPENYAKIT & GILA

Pengamal seks songsang dan luar tabi'e ini adalah orang yang berpenyakit. Jangankan manusia, haiwan binatang pun tidak mengamalkan perlakuan seks songsang dan luar tabi'e ini. Sebab itu teman nak perbetulkan kenyataan sebelum ini iaitu tindakan kaum Festival Seks Bebas ini akan membawa ketamadunan manusia ke tahap ketamadunan haiwan adalah tidak tepat, sebaliknya ia membawa manusia ketahap ketamadunan dan peradaban yang lebih buruk daripada haiwan!

Dan bila berdepan dengan orang gila dan berpenyakit, kita tidak mengambil sikap mengadakan dialog ataupun berbincang. Itu bukan cara manusia bertamadun, itu cara manusia yang jahil, bahlol lagi dan bodoh. Orang gila dan sakit kita rawat dan cuba pulihkan, bukan kita pergi berbincang dan berdialog. Kang dok sibuk nak berdialog dan berbincang, penyakit dan gilanya makin parah, silap-silap padam terus.

5. DIALOG DENGAN ORANG GILA?

Sebab itu teman tegaskan, tidak timbul isu dialog atau bincang dalam berdepan dengan isu ini. Apabila berlaku kemungkaran, dan seks songsang dan luar tabi'e ini adalah satu kemungkaran besar, caranya ialah dengan pencegahan. Iaitu dengan tindakan penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang. Dalam hal melaksanakan hukum dan undang-undang, kita wajib tegas, dan tidak ada kompromi!

Teringat teman satu dialog diantara seorang waras dengan dengan seorang gila. Si Waras melawat sebuah pusat penjagaan orang gila. Dia terlihat salah seorang daripada mereka sedang menjulur lidi seolah-olah sedang memancing ikan didalam sebuah baldi yang kosong. Lalu si Waras bertanya, "banyak dapat ikan yop?". Si Gila menjeling lalu menempelak si Waras, "mike gila ke yop, mana ada ikan dalam baldi ni!!!". Ringkasnya, kita tak sepatutnya berdialog dengan orang gila, sebab nanti kita akan ditertawakan oleh si Gila!

6. NGO & INDIVIDU YANG SAMA BERSIKAP PROVOKATIF

Dan yang paling teman musykil, tiap kali isu provokatif dan sensitif ini ditimbulkan, mesti indidividu dan NGO yang terlibat dikalangan orang dan badan yang sama. Daripada isu penubuhan IFC, kepada isu murtad, kepada isu himpunan haram, sekarang kepada isu seks bebas, dan terkini isu mendesak amalan qurban umat Islam dihadkan ketempat tertutup, semuanya membabitkan individu dan NGO yang sama atau yang berkaitan dengan mereka!

Dan yang paling malang, ada jugak umat Islam, termasuk yang mengaku pejuang Islam, yang mengambil sikap menyokong individu dan badan-badan ini. Dan mereka berselindung disebalik hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Sebab itu teman tegaskan "hak asasi manusia & kebebasan bersuara" ini adalah satu virus agama baru yang sedang menyerang ketamadunan kemanusiaan dan akan meranap dan menghancurkan peradaban dan warisan kesinambungan insan!

7. FITNAH DAJJAL KECIL

Satu soalan yang ingin teman lontarkan kepada umat Islam khususnya; cuba bayangkan bagaimana agaknya keadaan kita nanti bila fitnah Dajjal muncul nanti? Sedangkan dengan fitnah Dajjal-Dajjal Kecil yang melanda kita hari ini pun ramai yang kecundang dan tewas. Malah dengan bukti jelas dan nyata pun ada kalangan kita bukan sahaja menolak, malah berterusan menyokong dan mendokong Dajjal-Dajjal Kecil ini hanya kerana habuan dunia, demi kedudukan dan kemahkotaan duniawi.

Bayangkanlah apabila Dajjal sebenarnya muncul!?

Na'uzubillah min zalik! Moga ALLAH jauhkan kita daripada fitnah ini, dan memelihara iman dan aqidah kita!

SUMBER : ZULKIFLI BIN NOORDIN

Khamis, 20 Januari 2011

Ermm, Ermm..Fikir-Fikirkan !!


Sejak akhir2 ini, kita sering saja disajikan dgn pelbagai kisah suka duka berhubung 'Politik Semasa'. Kadang-kadang naik senak kepala memikirkannya. Kalau dihitung dpd pemimpin sampailah ke rakyat, dpd kota sampailah ke desa, spt dah xde keje lain nak dilakukan selain dari berpolitik..Walupun bukan semua, tp majoritinya itulah kenyataannya..

Apapun yg telah berlaku & akan dilakukan hendaknya JANGANLAH kita mengabaikan keharmonian dlm hidup kita selama ini. Betapa susahnya nenek moyang & pejuang bangsa yg terdahulu dlm mendapatkan kemerdekaan yg telah kita kecapi selama ini. Seandainya kita leka, apa saja boleh menyusup masuk kembali dlm menodai keharmonian & keamanan ini secara tidak sedar. Sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya kita lemah & mengambil sikap sambil lewa. Fahamilah nukilan dari Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di bawah ini...
-----------------------------------------------------------------------------------

January 20, 2011
Amaran bahaya Singapura

Kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew minggu lalu, mengenai kenapa negara sekangkang kera itu memerlukan pertahanan yang begitu kuat sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika pegawai-pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kuan Yew merujuk kepada Malaysia dan Indonesia sebagai ancaman utama kenapa negara itu perlu pertahanan yang kuat.

Dalam bersedia menghadapi ancaman tersebut, negara anak didik Yahudi ini membelanjakan RM35.5 bilion untuk pertahanan pada tahun lalu, tertinggi di Asia Tenggara dan mungkin juga di Asia. Berbanding negara sebesar kita, sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan RM180 bilion sahaja.

Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004. Bermaksud lebih lima tahun, belanja pertahanan Singapura bersamaan lebih 23 tahun belanja pertahanan kita. Lihatlah betapa jauhnya kita ketinggalan dalam aspek pertahanan negara.

Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh perkara lain dalam bajet 2009. Namun begitu, perbelanjaan pertahanan kita telah meningkat lebih lima kali ganda dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010 (enam peratus belanjawan negara).

Jumlah ini masih kecil berbanding dengan negara jiran yang sebenarnya itulah ancaman kita. Apakah kita tidak takut dengan ancaman baru hari ini. Tidakkah terlepasnya Pulau Batu Putih menjadi pengajaran kepada kita?

Saya yakin, pulau tersebut masih menjadi milik kita, jika pertahanan kita mengatasi negara Singapura. Malangnya, kita terus bersangka baik dan memberikan 'khidmat percuma' seperti isu air kepada negara 'sejahat' itu. Pernahkah mereka mengenang budi?

Menurut Kuan Yew, tanpa pertahanan yang kuat, tidak akan wujud Singapura. Negara ini akan 'dimakan' oleh negara-negara jirannya, dirujuk Malaysia dan Indonesia.

Dari segi perancangan strategi dan keselamatan, saya tidak nafikan jawapan tersebut. Tetapi dari sudut lain, jawapan ini amat bongkak dan sombong. Beliau tidak sedar, tanpa pertolongan Malaysia, tidak wujud Singapura. Namun, sifat ultra kiasu telah mengatasi segalanya. Negara ini telah berjaya keluar daripada kemelut ketakutan.

Hari ini, kita pula takut kepada negara sekecil itu yang begitu bergantung air kepada kita. Itupun mereka masih menang. Kita kelihatan masih kalah, walaupun harta itu kepunyaan kita.

Singapura adalah sebuah pulau Melayu yang terletak di kepulauan Melayu. Jika ditakdirkan Tunku Abdul Rahman bertindak menangkap Kuan Yew dan mengadakan perintah berkurung sebelum berpisahnya Singapura dari Malaysia pada 1965, sudah tentu pulau tersebut hari ini milik kita.

Tetapi adakah Tunku bertindak sedemikian? Walaupun pada ketika itu, kita mampu untuk bertindak, kerana kuasa polis dan tentera masih berpihak di tangan Melayu?

Saya fikir Tunku berfikir panjang sebelum bertindak. Inilah sifat dan toleransi Islam yang perlu dihargai. Saya yakin, jika tidak ada pertimbangan ini atau jika pemimpin kita ketika itu tidak Islam, mempraktikkan sistem komunis, sudah lama Kuan Yew dihumban ke dalam penjara.

Hari ini beliau berlagak sombong dengan kenyataan yang langsung tidak mengenang budi. Apakah kita masih terus mahu berlembut ibarat menarik rambut dalam tepung? Zaman berlembut sudah berakhir. Saya tidak pasti apa pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang begitu ghairah menyambut Kuan Yew sebelum ini.

Kita sepatutnya bertindak sezalim Kuan Yew, yang menghumban golongan yang menentangnya ke dalam penjara kerana kewujudan mereka dikatakan mengganggu ketenteraman dan perancangan Singapura. Maka tidak hairanlah orang Melayu Singapura seperti Dr. Lili Zubaidah yang cerdik tidak mendapat tempat di Singapura, hanya kerana tidak sekapal dengan Kuan Yew.

Jika Malaysia bertindak sedemikian kepada pembangkang hari ini, apakah perkara ini dapat diterima? Tetapi perkara sebegini adalah biasa di Singapura. Kenapa kumpulan hak asasi manusia ini tidak bangun menentang tindakan Kuan Yew?

Malah ramai ultra kiasu di negara ini yang begitu memuji Singapura. Hanya kerana mereka sekapal. Bayangkan jika kita bertindak seperti mana Singapura bertindak, akan hebohlah satu dunia bahawa Malaysia mengamalkan sistem regim komunis dan mengabaikan hak asasi manusia.

Kuan Yew bertindak mematikan orang yang diistilahkan 'tidak berguna' (duds) walaupun mereka dipilih oleh rakyat. Golongan ini, pada beliau tidak perlu berada dalam Parlimen dan kerajaan. Tindakan Kuan Yew langsung tidak dipertikaikan oleh ultra kiasu di Malaysia.

Kuan Yew begitu disanjung dan mendapat pujian ultra kiasu saban hari kerana dikatakan berjaya memajukan Singapura. Mereka sanggup lupakan 'kekejaman' beliau hanya kerana sekapal. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan kelicikan golongan ini sebelum terlambat.

Terlalu bertoleransi juga tidak sepatutnya berlaku. Dengan sebab itu, dalam pemerintahan Islam, ada unsur demokrasi dan ada unsur autokrasi. Jika tindakan seseorang boleh menjahanamkan agama dan negara, maka tindakan nekad perlu dilakukan untuk menjaga kepentingan awam.

Saya fikir sudah sampai masanya negara kita mengambil pendekatan berhati-hati sebelum terlambat. Memang kita memerlukan Singapura. Johor Bahru akan bankrap tanpa Singapura.

Tetapi kita perlu fikirkan pelan jangka panjang supaya tidak terlalu bergantung kepada Singapura, walaupun tidak dinafikan pulau itu juga terlalu bergantung kepada kita. Kita mesti ingat, bahawa pulau itu mendapat sokongan Yahudi, sedangkan kita tidak.

Jika ditakdirkan kita putuskan Tambak Johor, negara kecil itu masih lagi boleh survive sebab sekutu mereka masih ramai yang akan membantu. Negara kita bagaimana?

Justeru, projek Koridor Iskandar hendaklah dirancang dengan betul supaya jangan terlalu berharap kepada Singapura. Jangan biarkan mereka membeli tanah dan harta negara kita sewenang-wenangnya. Saya amat bimbang Johor akan menjadi Singapura kedua kerana pimpinan mereka amat licik. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Saya masih teringat kata-kata isteri Kuan Yew, mendiang Kwa sebelum meninggal baru-baru ini. Pesannya kepada Kuan Yew supaya jangan mempercayai orang Melayu dan Malaysia. Dalam kata lain, sampai mati pun, mereka masih tidak mempercayai kita. Apakah kita masih terus mahu bersangka baik?

Masa bersangka baik dan bermain dengan mereka sudah habis. Kini adalah masa untuk kita bekerja untuk berhadapan dengan mereka. Jika mereka boleh menyediakan RM35.5 bilion untuk pertahanan negara sekecil itu, sudah tentu kita perlu berbelanja lebih daripada itu. Jika tidak, kita akan 'dimakan' satu masa nanti, percayalah.

Saya pernah membuat kajian mengenai republik itu ketika membuat program ijazah sarjana pengajian strategi dan keselamatan. Ternyata memang sukar untuk kita menyainginya. Ketua Pengarang Kumpulan akhbar ini, Datuk Aziz Ishak pasti bersetuju dengan saya sebab kami mengambil kursus yang sama.

Justeru, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, pakar strategi dan semua panglima angkatan tentera, sepatutnya memikirkan dan bertindak untuk merangka strategi, apakah langkah terbaik yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan Yahudi kecil ini sebelum nasi menjadi bubur?

Kita perlu ingat, pemimpin Pulau Pinang difahamkan selalu ke sana untuk mencari idea. Apakah mungkin nanti akan wujud Singapura kedua, ketiga dan sebagainya?

Bertindaklah sebelum terlambat kerana masa tidak menunggu kita. Jangan terlalu banyak berpolitik, sehingga wang habis, akhirnya bidang pertahanan terabai. Musuh sedang melihat kita. Mereka sedang menunggu peluang untuk 'masuk' pada ketika waktu yang sesuai.

Ketika itu, jika mahu berjihad sudah terlambat. Apakah mungkin senjata batu boleh berhadapan dengan jet-jet pejuang dan kereta kebal seperti yang berlaku di Palestin? Sedangkan Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar daripada kejadian lampau yang ditunjukkan.

Keruntuhan empayar Islam Othmaniyyah sudah cukup menyayat hati kita semua. Begitu juga keadaan di Iraq, Afghanistan dan Palestin hari ini. Apakah wajar kita hanya memerhati tanpa membuat apa-apa tindakan. Ya, kita wajar membantu tetapi pada masa sama, jangan abai kepentingan kita.

Perbelanjaan yang kurang memberikan impak kepada keselamatan hendaklah dikurangkan seperti perkara yang bersifat ceremonial ,supaya kita dapat berjimat dan wang tersebut boleh disalurkan untuk pertahanan.

Jika tidak, saya bimbang, bila sampai masanya Allah SWT tarik semua nikmat yang dianugerahkan kepada kita seperti minyak dan gas. Kita akan menyesal seumur hidup. Hari ini seolah-olah kita terlalu bergantung kepada hasil minyak, sedangkan negara kita masih kaya dengan hasil lain.

Saya ingin cadangkan supaya kita ambil semua hasil keuntungan minyak ini setiap tahun untuk membangunkan pertahanan. Jika keuntungan Petronas lebih kurang RM50 bilion digunakan untuk pertahanan, saya yakin dalam jangka masa lima tahun, Malaysia muncul menjadi negara hebat di Asia dan mungkin di dunia.

Apapun, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada minyak dan gas sebagai sumber pendapatan utama negara. Sampai masanya minyak dan gas akan habis. Apakah ketika itu negara kita akan menjadi papa kedana?

Jadi, fikirkan sumber lain untuk menjana pendapatan negara kerana sumber minyak pasti akan habis. Sementara minyak masih ada, tumpukan usaha membangunkan pertahanan negara. Sebagai persiapan awal, kurangkan berbelanja ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. Fikirkan masa depan negara. Kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar untuk pilihan raya sekecil ini.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Selasa, 21 September 2010

Kecantikan Plastik...

Banyak perkataan boleh digunakan selain dari tajuk di atas bagi menggambarkan sesuatu benda atau perkara yg kelihatan cantik, elok & baik zahirnya tetapi sayang hakikat & realiti sebenar menggambarkan sebaliknya. Walaupun bukan semua yg cantik & elok itu bersifat sebaliknya, namun fokus saya pada kali ini adalah subjek yg membawa maksud seperti pada entri ini.

"Eksperimen yang gagal" :


Dr Ramdhan membina sebuah kolam di belakang rumahnya. Pelbagai spesis ikan dimasukkan ke dalam kolam itu.

Setiap hari, apabila berkelapangan beliau akan bersantai di situ memerhatikan dunia akuistik yang dibinanya. Tenang dan senang hati beliau melihat ikan-ikan berenang-renang di dalam air yang jernih.

Dr Ramdhan berusaha menjadikan kolam itu sebagaimana habitat semulajadi untuk haiwan peliharaannya. Beliau mahu ikan-ikan itu hidup dengan gembira dan bahagia.

Pada suatu hari Dr Ramdhan membeli seekor ikan kelisa yang cantik. Beliau memasukkan ikan itu ke dalam kolamnya. Beberapa hari kemudian beliau mula menyedari ikan-ikan kecil semakin berkurangan. Setelah dihendap, tahulah beliau bahawa ikan kelisa yang baru dibeli telah membaham seekor demi seekor ikan-ikan itu.

Keharmonian kolam telah tergugat. Ia sudah tidak selamat lagi untuk didiami.

Dr Ramdhan berasa kecewa. Beliau berfikir cara terbaik untuk ikan-ikannya. Beliau sayangkan semua ikan-ikan itu termasuk Kelisa yang membuat onar. Tambahan pula ikan Kelisa tersebut dibelinya dengan harga yang amat mahal.

Seluruh isi kolam itu belum menyamai harga seekor ikan Kelisa!

Dr Ramdhan mengambil keputusan untuk memberi pengajaran pada si kelisa. Dia membeli sebiji balang kaca dan memasukkannya ke tengah-tengah kolam. Ikan kelisa dikurung di dalam bekas kaca tersebut dan diberi makan.

Dengan kata lain si kelisa telah dipenjarakan.

Walaupun dia masih berada di dalam kolam namun dia tidak boleh bergerak bebas. Dia hanya mampu melihat ikan-ikan lain berenang dan bermain, menjelajah ke seluruh ceruk kolam.

Dr Ramdhan berharap ikan Kelisa itu akan insaf dan mengubah sikapnya.

Setelah seminggu, Dr Ramdhan melepaskan ikan kelisa dari penjaranya. Dia percaya hukuman itu sudah cukup memberi kesedaran dan pengajaran.

Namun beberapa hari kemudian Dr Ramdhan mendapati kejadian lalu berulang kembali. Ikan-ikan kecil kembali menyusut. Sudah beberapa kali Dr Ramdhan menyaksikan sendiri si kelisa membedal ikan lain dengan lahapnya.

Si kelisa diberkas dan dijatuhkan hukuman penjara sekali lagi. Kali ini hukuman dilanjutkan selama sebulan. Dr Ramdhan berharap si kelisa akan merasa serik.

Sayangnya selepas dibebaskan sikap Kelisa langsung tidak berubah. Bahkan selepas hukuman ditambah sehingga tiga bulan pun tidak mampu mengubah tabiatnya yang ketagihan memakan ikan lain.

Akhirnya Dr Ramdhan mengambil keputusan baru. Dia mengeluarkan balang kaca dari dalam kolam dan menyerahkan ikan itu kepada isterinya.

Tengahari itu juga Dr Ramdhan sekeluarga makan nasi berlaukkan asam pedas tempoyak ikan kelisa!

Mesej:

Ada segelintir rakyat Malaysia berpendapat kita boleh cuba memberi peluang kepada kerajaan baru memerintah negara. Namun perlu diingat bahawa negara bukan boleh dijadikan eksperimen. Dalam tempoh tersebut macam-macam boleh berlaku. Bahkan perlembagaan juga boleh dipinda.

Ingat, dah banyak benda yg cuba dirampas dan dah adapun yg terlepas daripada tangan kita. Apapun, pertahankanlah apa yg telah diperjuangkan oleh nenek moyang pejuang bangsa kita yg terdahulu..

Ya. Ikan kelisa memang cantik dan nampak baik!

Rabu, 8 September 2010

Jangan Diubah Sejarah !!

Sejak kebelakangan ini, banyak suara2 sumbang yg kedengaran dlm negara kita yg mempersoalkan Perkara 153 dlm Perlembagaan Negara. Sejak negara kita mengecapi kemerdekaan, Dasar & Perlembagaan inilah yg telah memberi kestabilan kpd negara sehingga ke hari ini.

Saya terpanggil utk menyiarkan kata2 Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (Pakar Sejarah), "Sesiapa yg mempertikai kedudukan & hak istimewa orang Melayu (Perkara 153) adalah BUTA sejarah..

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi. “Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

“Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

“Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud,” katanya.


Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.


“Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini,” katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.


Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan. Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

“Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu,” katanya. Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda. “Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda,” katanya. Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.


Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea ‘‘hak orang Melayu’’ yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.
Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen
.


Berang dengan kenyataan wakil rakyat Parti keailan Rakyat itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat. “Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu,” katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948. “Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa,” katanya. Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

“Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat,” katanya. Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

“Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka,” katanya. Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

“Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar,” katanya. “Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita Nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak,” katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju. “Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire,” katanya. Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara,” katanya. Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah “terlajak sejarah” iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

“Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan),” katanya.
Beliau berkata fenomena “terlajak sejarah” itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.



Sumber : [ GAP ] http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/09/prof-khoo-kay-kim-balun-pakatan.html

P/S ; Diharapkan sesiapa shj yg BUTA sejarah tu, rujuklah dari pakar yg benar2 arif. Bukan rujuk pada pakar pembelit, pakar spin-menyepin & pakar sesat yg menyesatkan..!!!

Khamis, 28 Januari 2010

Salam..dh lama sy tak menulis disbbkan oleh kesibukan urusan seharian..terlalu byk perkara yg ingin dikongsikan ttp dek kekangan masa tak dpt sy meluangkan masa utk menulis..
Banyak perkara yg berlaku akhir2 ini di dlm negara kita yg tercinta..Banyak juga perkara yg boleh kita ambil utk dijadikan pengajaran utk kita semua..Yg penting, buka mata & hati kita utk menilai sesuatu itu demi kebaikan..Jgn ambil mudah di atas sesuatu yg berlaku itu, hikmahnya pasti ada..eloklah kita saling ingat mengingati krn kita semua inginkan kebaikan di dunia & akhirat serta mendapat "Rahmat-Nya"..Insya-Allah !!

Khamis, 12 November 2009

Perodua MPV Alza (1500cc)

Satu lg MPV butan Malaysia akan dlancarkn x lama lg..
Saper2 yg berkenan tu, cepat2lah booking..Tahniah Perodua !
























Rabu, 26 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak

*Puasa


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman!Telah ditetapkan ( difardhukan ) ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah ditetapkan ( difardhukan) ke atas umat-umat sebelum kamu.Moga-moga dengan puasa tersebut, kamu akan menjadi hamba-hamba Allah Swt yang bertaqwa.Surah Al-Baqoroh 183


- قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Riwayat Bukhori, Muslim ,Tirmizi, Nasaai dan AhmadYang bermaksud bahawa Rasulullah Saw telah bersabda : Islam itu dibina di atas 5 asas iaitu : Syahadah pengakuan bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Swt, dan sesungguhnya Muhamad Saw itu adalah pesuruh Allah Swt, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji serta berpuasa ( Ramadhan ).


*** Syukur Alhamdulillah, kita masih dipanjangkn umur sehingga masih brkesempatan menunaikn ibadah puasa pada tahun ini, Insya'Allah..Bulan Ramadhan ini adalah bulan yg penuh dgn keberkatan & kerahmatan dpd Allah Swt.
Maka berakhlaklah, beradablah dan beribadatlah sebaik mungkin untuk memperolehi buah tangan yang dihidangkan oleh Ramadhan.Contohilah keperibadian Nabi kita Muhammad Saw.Sebagaimana yang disifatkan oleh Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah Saw di bulan Ramadhan, merupakan sebaik-baik manusia keadaannya umpama angin yang bertiup (الرِّيح الْمُرْسَلَة)

Rabu, 8 Julai 2009

SeDihNya..


Sedih melihat bangsa kita pd hari nie..asyik dgn kata mengata, bercakaran sana sini & lebih teruk lg smpi putus saudara pun ada..apa suma ni.!? apa yg kita dpt.!? tanpa kita sedari, org lain di luar sana asyik melihat keletah kita, brdekah dekah diorg ketawa & mengambil peluang di dlm kealpaan kita..seharusnya di era globalisasi ini kita harus memperkuatkn penyatuan kita supaya dpt kita bersaing dgn dunia luar..tiada siapa yg dpt menyangkal, sekiranya kita bersatu kita akan kuat segala-galanya..kita suma seharusnya melakukn sesuatu brsama dlm memperkasakn bangsa & negara yg tercinta ini..semoga tuhan memberi rahmat & hidayahnya kpd kita suma..Peace No War !!!

Rabu, 1 Julai 2009

Hidup hAnya seKali,

HiDuP hAnYa SeKaLi,
HaRgAiLaH kEsEmPaTaN yG. aDa...
Pada hari ni, banyak yg kita lihat manusia mensia-siakn kehidupan yg diberi..bukan aku nk kata aku ni hebat sgt2, tp aku dapat merasakn hebatnya segala yg telah kukecapi di atas kurniaan 'Yg Maha Kuasa' dlm kehidupanku..Semua orang pun ada kelebihan masing2, tp mungkin tak sedar atau wat2 tak sedar (x nk brsyukur)..Rata2 apa yg kita nampak, pada masa skrg kita asyik dgn kebergantungan pada org lain tanpa berusaha sendiri. Kalau x dapat apa yg kita nak, kita marah & complain orang lain seolah-olah x nak mengakui kelemahan sendiri. Terlalu banyak klu nk diceritakan tentang kelemahan kita pada hari ini, tp aku rasa x perlu sbb kita boleh fikir sendiri..