Cari aper jer..

Rabu, 26 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak

*Puasa


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman!Telah ditetapkan ( difardhukan ) ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah ditetapkan ( difardhukan) ke atas umat-umat sebelum kamu.Moga-moga dengan puasa tersebut, kamu akan menjadi hamba-hamba Allah Swt yang bertaqwa.Surah Al-Baqoroh 183


- قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Riwayat Bukhori, Muslim ,Tirmizi, Nasaai dan AhmadYang bermaksud bahawa Rasulullah Saw telah bersabda : Islam itu dibina di atas 5 asas iaitu : Syahadah pengakuan bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Swt, dan sesungguhnya Muhamad Saw itu adalah pesuruh Allah Swt, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji serta berpuasa ( Ramadhan ).


*** Syukur Alhamdulillah, kita masih dipanjangkn umur sehingga masih brkesempatan menunaikn ibadah puasa pada tahun ini, Insya'Allah..Bulan Ramadhan ini adalah bulan yg penuh dgn keberkatan & kerahmatan dpd Allah Swt.
Maka berakhlaklah, beradablah dan beribadatlah sebaik mungkin untuk memperolehi buah tangan yang dihidangkan oleh Ramadhan.Contohilah keperibadian Nabi kita Muhammad Saw.Sebagaimana yang disifatkan oleh Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah Saw di bulan Ramadhan, merupakan sebaik-baik manusia keadaannya umpama angin yang bertiup (الرِّيح الْمُرْسَلَة)

Tiada ulasan: